Tuesday, November 07, 2006

Umpan pancing

Walau apa jenis pancingan yang dilakukan ianya sangat bergantung kepada umpan yang digunakan, kerena umpan yang sesuai akan menantukan jumlah hasil tangkapan. Kalau kena umpannya maka banyaklah hasilnya tapi kalau sebaliknya maka kempunanlah si kaki pancing tersebut. Secara am, umpan untuk memancing boleh dikelasifikasikan kepada dua bahagian iaitu:

  1. 1. Umpan Hidup (Natural Bait)
  2. 2. Umpan Buatan (Artificial Bait)

Kriteria umpan yang hendak digunakan bergantung kepada jenis ikan yang hendak dipancing. Umpan untuk ikan laut (Saltwater Fish) tentu akan berbeza sekali dengan umpan untuk ikan air tawar (Freshwater Fish). Jadi, kemahiran memilih umpan bergantung kepada pengalaman si pemancing itu sendiri untuk memilih umpan yang sesuai bergantung kepada di mana lapang yg dipilih untuk melabihkan pancing masing-masing.


No comments: